Hati ini.. sampaikan padanya…
aku mencuba untuk bersikap seolah-olah aku tak pernah kisah dengannya
Kerana aku takut, bila bukan dia yg akan mendampingiku kelak, aku akan terbiasa
Hati ini..sampaikan padanya..
Aku berusaha untuk tidak menghubunginya lagi
kerana aku takut hati ini menjadi lebih parah
kerana berterusan mengharap cintanya yang tidak kesampaian
Hati ini.. sampaikan padanya…
sungguh banyak mengangankan hidup bersamanya
namun aku takut kalau semua itu tak pernah ada
Hati ini.. sampaikan padanya…
Diri ini sudah bersedia seadainya ada seseorang yang sudah berada disampingnya
tetapi adakalanya aku tidak bersedia jikalau itu benar-benar nyata
Hati ini.. sampaikan padanya…
Kadang2 diri ini selalu ingin melihat dia tersenyum menyambutku
namun aku belum punya hak akan hal itu
Hati ini.. sampaikan padanya..
Aku cuba mengelak darinya
kerana ada lagi yang terlalu ingin mendekatinya, menyayanginya, mengasihinya
Biarlah aku memendam perasaan ini
Aku tidak mahu menjadi batu penghalang itu
Hati ini.. sampaikan padanya..
sungguh aku rindu padanya
namun apadaya aku hanya hambaNya yg belum memiliki hak akan semua ini
maafkan aku ya Allah bila hamba terkadang melampaui batas2 Mu
izinkan hamba tetap dalam batasan itu
tetap merasa takut akan sesuatu yang belum hamba memilki hak itu...
amasya
ReplyDeletekaraman
bitlis
niğde
kars
KCK