Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. ^_^
Kali ni aku nak ceritakan bagaimana pengalaman pertama aku berpraktikal, belajar teori sume da khatam, so time untuk praktikkan la plak kan.. huhu..Ok , dijadikan cerita aku bersama 3 lagi sahabatku iaitu Kak Ika, Pyka n Mai menjalani tempoh praktikal selama 2 bulan di sebuah taska yang berdekatan dengan area kolej aku..so, terpaksa duduk hostel lagi la nmpknye kan..
Hari pertama, kami bangun seawal jam 6 pagi untuk mempersiapkan diri ke tempat praktikal,Sebelum melangkah ke taska tu, kami semuanya diselubungi dengan berbagai2 perasaan, nervous ade, excited ade, malu ade, macam2 la..haha..mane xnye, anak-anak yang kami nak kawal ni semuanya kecil2 ag, dari baby sampai 4 tahun..tapi xpe, kami cuba buang jauh2 perasaan tu, kalau dibawa semua tu mmg xjadi ape la kan..so, we try to cool down..Tugas pertama kami pada pagi tu ialah menyambut ibu bapa yang menhantar anak mereka ke taska.. dari situ kami akan dinilai dari segi hubungan kami bersama ibu bapa, cara berkomunikasi dengan ibu bapa n juga cara kami mengawal anak2 yang menangis apabila ditinggalkan ibu bapa mereka kerana mahu ke tempat kerja..
Aktiviti pagi anak-anak bermula pada pukul 9 am dengan perhimpunan pagi, membaca surah Al Fatihah, 3 Kul, doa sebelum belajar, nyanyian lagu Negaraku, Erti Al Fatihah, dan bermacam2 lagi nursery song yang memerlukan mereka membuat gaya...serius mereka sangat COMELLL!! geram dibuatnya melihat yang si kecil 1 hingga 2 tahun pun turut terkedek2 menari.. hihi.. Selesai saje perhimpunan pagi, kami dijemput memperkenalkan diri kepada anak2..Lepas tu kami pun teruskan dengan aktiviti yang kami da rancangkan untuk anak2..
Pada hari pertama praktikal, kami akui segalanye agak hambar n mengecewakan..kami terkontang kanting di hari pertama, seakan 'shock' dengan ape yg kami jalani skrg..tapi Alhamdulillah pada hari kedua, ketiga, n seterusnya byk improvement yang kami dapat..kami mula bersemangat, ceria, bergelak ketawa bersama anak2 tanpa mereka rasa takut..malah sangat serasi dengan kami..dan yang paling lucu, ade juga di kalangan anak-anak yang memanggil kami dengan panggilan 'MAMA' .. hihi..
Berbagai2 aktiviti yang kami berikan kepada mereka n sebilangan besar dari mereka dapat terima sepenuhnya..itu cukup membanggakan kami..hope dari praktikal ini, sedikit sebanyak kami dapat membantu dalam mendidik anak2 supaya lebih berjaya n cemerlang untuk dibawa ke generasi akan datang...In Syaa Allah.. ^_^
jom tengok2 anak-anak kami.. :)
P/s : comel2 kan semua?? :P
No comments:
Post a Comment