♥♥JANGAN SESEKALI KAMU!!♥♥


Jangan sesekali kamu bersikap kejam memberikan harapan pada seseorang itu lalu dia jatuh cinta sedangkan kamu tidak mencintainya..

Jangan sesekali kamu hadir dalam hidup seseorang kalau ia hanya kamu rasakan akan menghancurkan perasaannya..

Jangan sesekali kamu menatap tepat pada matanya jika semua yang kamu lakukan itu adalah kepalsuan belaka..

Jangan sesekali kamu mengambil berat terhadap dirinya terlalu berlebihan hanya kerana sekadar simpati, kelak bimbang dirinya akan menaruh hati padamu..

 Jangan sesekali kamu mengatakan 'aku cinta kepadamu' sedangkan di dalam hatimu hanya nafsu yang bertakhta..

Jangan sesekali kamu tertarik kepada seseorang hanya kerana paras rupanya, sebab keelokan paras akan menyesatkan kita..

Jangan sesekali kamu tertarik pada kekayaannya, kerana segala kekayaan akan lenyap dan musnah..

Tertariklah pada seseorang yang beriman dan beramal soleh dan ia dapat membuatmu tersenyum. Hanya senyuman ikhlas yang hadir dari orang beriman dapat memberi hari-harimu yang gelap menjadi cerah..

Hati orang yang soleh itu mudah dan senang menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa takut akan azab Allah dan cinta kepada Allah..

Namun...

Hati orang yang berdosa itu susah dan payah untuk menerima cahaya dari Ilahi., kerana mereka sentiasa gembira dengan nikmat dunia dan lupa padaNya..




credit to : Artikel iluvislam.com


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...