♥♥HEBATNYA KALIMAH 'MAAF'♥♥

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM CERIA.. ^_^


"SAYA MINTAK MAAF"
"MAAFKAN SAYA"
           Lazimnya bila kita melakukan kesalahan, kita sepatutnya meminta maaf tidak kira la kesalahan kita itu kecil atau pun besar. Tetapi mudah ke orang mahu meminta maaf??Kalau orang yang ego tinggi, jangan mimpi la dia nak minta maaf even itu kesalahan dia sendiri. Tapi ada juga orang yang mudah meminta maaf even dia rasa bukan dia yang salah. Sikap itu la yang harus ada dalam hidup kita. 

          Kadang kala benda yang kecil or simple pun boleh jadi isu tentang maaf memaaf ni, contohnya bila kita terlanggar orang tanpa sengaja terutamanya bila kita tengah kejar masa, orang plak ramai. Kalau kita tidak minta maaf kepada orang itu, silap-silap kita akan dapat maki hamun dari orang tu, dan orang itu pun sampai bila-bila akan ingat kita, then cerita kat rakan sekelas or rakan sekerja dia, itu perkara yang kecil saje, kalau perkara yang besar??boleh jadi dendam!..tapi, kalau kita cepat-cepat minta maaf, confirm orang itu tidak jadi marah dan terus senyum bukan..ini lah hebatnya kalimah 'maaf' itu.. ^_^


              Bagaimana pula dengan memaafkan orang lain??Tanpa kita sedari memaafkan kesalahan orang lain adalah satu cara untuk menghilangkan stress..Bagi orang Islam, dibawah ini ada cara untuk memaafkan orang dengan seikhlas hati,  insyaAllah akan lebih tenang selepas itu.. :-
                "Ya Allah, saya memaafkan (nama orang yang difikirkan) kerana Allah Taala.
                 Saya maafkan setiap apa yang dia telah lakukan kepada saya selama ini 
                 dengan seikhlas hati saya. Saya memaafkan (nama orang yang difikirkan) 
                 kerana Allah Taala (ulang tiga kali)."


      Tetapi, mudah ke orang mahu memaafkan orang lain dan melupakannya seikhlas hati??Lagi2 kalau kesalahan itu amat berat??yang selalunya berlaku , walaupun mulut kita menyatakan sudah memaafkan orang itu, tetapi hati kita mesti akan ingat sampai bila-bila. Lagi2 kalau perkara itu betul-betul melukan hati kita dan memberi kesan yang amat mendalam pada diri kita. Tak boleh nak tipu laa, kita bukan la menanam dendam dalam diri kita , cuma ia macam sesuatu yang kita akan kenang sampai bila-bila..Susah untuk dilupakan. Ternyata tidak mudah untuk menanamkan sikap ikhlas dalam diri untuk memaafkan orang lain tetapi kita tidak boleh berasa tersinggung atau terasa dengan orang lain terlalu lama, kerana dalam Islam juga telah menitik beratkan hal-hal pergaulan sesama manusia. Atau dalam kata lain, kita tidak boleh menyimpan dendam. Kerana apa?? Kerana Allah itu Maha Pengampun, yang sedia mengampunkan dosa-dosa hambaNya tidak kira kecil atau besar kesilapan mereka, kenapakah pula kita hamba yang hina ini tidak boleh membuka hati untuk memaafkan kesilapan orang lain??
Sesungguhnya memaafkan dan melupakan itu lebih baik dari berdendam...





p/s : Pesanan buat diriku dan sahabat2 semua, maafkanlah semua orang sebelum anda tidur setiap malam bagi mencuci hati dan mencerdaskan minda..Tetapi, bagaimana dengan kesalahan yang berulang kali??mudah ke kita untuk memaafkan??Susah kan untuk kita menilai hati walaupun hati sendiri.. ^_^










No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...