Dulu, aku tak pernah trpikir yg aku akan betul2 mencintai dan menyayangi seseorang. Tapi kehadirannya betul2 membawa perubahan dalam hidupku. Dialah orang yang sangat2 aku sayangi. Aku hanya wanita biasa yang lemah namun ku cuba untuk tabah walaupun aku tidak boleh untuk berhenti mencintainya. Tapi kadang2 aku berusaha untuk menjauhi dirinya, ku lakukan dengan menyakiti hatinya, dengan tidak mengendahkan dirinya, kerana dalam fikiranku aku harus melupakannya kerana ada lagi seseorang yang lebih mencintainya mungkin lebih dariku.. aku buntu, aku tidak mahu bersaing untuk memenangi hatinya.. aku juga tidak mahu disakiti dengan kemesraanmu bersamanya..aku rela mengundurkan diri, bukan beerti aku berputus asa, tetapi biarlah takdir yg menentukan segalanya jodoh n pertemuan ini, tapi semakin lama aku cuba untuk melupakannya, semakin sayang aku kepadanya, semakin lama aku mengendahkannya, melukakannya, semakin sakit atiku memikirkannya..cukuplah dengan keelokan keperibadiannya yang memukauku.. dan kuharap juga darinya, hentikanlah membelaiku dengan rasa kasih sayangmu dan juga perhatianmu terhadapku.. aku terseksa dengan keadaan ini..maafkan aku, mungkin ini jalan terbaikku untuk melihat dirimu bahagia n juga orng lain..sememangnya dulu aku pernah berharap kau akan menjadi imam bagi keluargaku suatu hari nanti... Aku berharap tapi aku akan berusaha untuk tidak banyak berharap. Biarlah Allah yang memilihkan jalan terbaik untukku.. Aku yakin cinta sejati akan datang pada saat yang tepat. Mungkin saja bukan dia..mungkin ada lagi yang lebih mencintai diriku atau.. Mungkin juga dia...Tp hanya satu yang pasti, aku takkan pernah melepaskan cinta. Biarlah semua terjadi sebagaimana kehendakNya... aku hanya menurut, kerana cinta bukan hanya untuk dirasai, tetapi juga untuk diperjuangkan!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment