♥♥UNTUNGLA KALAU DAPAT YG MACAM NI..HUHU♥♥

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... ^_^

Lame btul xmenjengah ke blog kesayangan ku ni..ari ni tiba2 plak teringin nak berkongsi ngan korang semua, xsedar2 nk exam ke aku ni??hehe, xpela, skali skala, kejap je pon..jap g study balek..huhu.. yang nak bace tu bace je la k, yang xsuka tu sy mengalu-alukan anda keluar dari sini..kih3, kasarnye ayt..huhu..sory, gurau je kawan2..ok la..lupakn yg itu, berbalik kepada tujuan asal, baru tadi aku terbaca 1 statement tentang kawen..jeng3!! haha, aku ni sejak 2 menjak ni asyik ckp pasal kawen je, gatal sungguh..huhu, xde la, sikit je..kalu mak tau ni siap la aku...hehe:)  ok la,setiap wanita pasti mempunyai kriteria yang tertentu dalam memilih bakal imamnya kan, nak yang soleh, yg penyabar, penyayang n macam2 la..macam tu jugak la aku..huhu, tapi siapalah kita untuk memiliki yang betul2 sempurna kerana  setiap manusia pasti ada kelemahannya, pasti ada kekurangannya, begitulah diri kita sendiri...jadi pesan buat diriku, solehahkan la diri sendiri dahulu untuk mendapatkan yang soleh, jangan hanya menunggu dari langit..huhu.. :p


 

Tetapi aku rasa, sudah beruntung sangat lah kalau dapat bakal suami yang begini ...

Kriteria lelaki yang bolehlah dibuat calon suami:-

  • Solat fardhu cukup lima waktu.
  • Ada gaji RM900-RM1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh hantar ke tempat kerja.
  • Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je ok.
  • Ada kenderaan, motor pun dah ok, honda EX5 ke sekali dengan 2 helmet. Sebaik-baiknya kereta la, nanti nak hantar isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan. huhu.
  • Lulus ujian fardhu ain sekolah rendah, maknanya boleh mandi wajib dengan baik, dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yang lain..erkk??
  • Boleh membaca Al-Quran dan boleh mengajar Al-Quran walaupun setakat "Alif Ba' ta" sampai surah "Iqra' Bismirabbikallazi Khalaq".
  • Jenis lurus, baik hati dan tidak menipu.
  • Saling memahami. Faham jiwa masing-masing. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.
  • Gedik dan joget-joget pun depan isteri dan anak-anak je.
  • Depan orang lain sopan santun gitu.
  • Jenis tidak cemburu buta sangat, kalau cemburu pun bertempat la.
  • Belajar sampai takat PMR je pun takpe, janji cara die berfikir tu matang macam orang yang belajar PHD.
  • Kalu dia jenis yang diam pun xde lah sampai orang kata xbergaul dengan manusia lain, dan kalau dia banyak bercakap pun, xde lah sampai mengata-ngata hal orang lain.
  • Malas ke masjid, tapi dalam sehari tu sekurang-kurangnya dia pergi jugak dalam 2 kali, waktu maghrib n isya'.
  • Walaupun tidak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus bagi ceramah tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika ada kuliah di masjid, muka dialah yang ada di antara orang-orang kampung.
  • Boleh susah senang bersama. Kalau isteri tengah menangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri tengah sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.
  • Jenis yang senyum selalu.
  • Tak tengok sangat awek cun, tengok bini dia je walaupun bini dia xcun ( tak cun xpe, boleh tutup lampu ).
  • Pandai masak sekurang-kurangnya masak nasi dan goreng telur, ikan, ayam, nasi goreng, nasi goreng paprik dan lain2. 
  • Rajin, ringan tangan tolong isteri memasak, kemas rumah, sapu sampah, sidai kain. 
  • Jenis yang pembersih. Masa muda-muda dulu xdela pakai seluar jeans busuk yang berminggu-minggu xbasuh. Bau badan tu jaga. Hari-hari kena bersih sebab nak menghadap Allah, bukan nak wangi depan manusia je.
  • Sehari sekali ingatkan isteri dan anak-anak tentang kematian dan amalan agama, "Sayang, tgk jam tu. Haa, bila kita tgk jam, ingatlah detik kematian tu makin hampir". 
  • Dia sentiasa nak berubah bersama-sama isteri dan anak-anak dia. Berubah menjadi soleh dari sehari ke sehari.


p/s : sekadar hiburan je..huhu, tp kn...awak2..agak2 awak boleh x jadi macam senarai di atas ni??sy mintak tu je..kih3.. ^_^



credit to : AKHI AKMAL
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...