♥♥PERLUKAH ALASAN DALAM PERCINTAAN??♥♥





Mari ikuti kisah ini...


Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka....


Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata, “Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminyan. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih lalu berkata kepada isterinya walaupun isterinya masih dalam keadaan koma kerana si suami tahu bahawa isterinya tetap mendengar,
“Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.
Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.
Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”
Maka menitis lah air mata si isteri yang masih dalam keadaan koma itu…..

♥♥KENAPA WANITA MENANGIS??♥♥



Sejernih kesayuan air mata wanita..


Ketika wanita menangis..
Bukan beerti dia mengeluarkan senjata terampuhnya..
Melainkan dia mengeluarkan senjata terakhirnya..

Ketika wanita menangis..
Bukan beerti dia tidak berusaha menahannya..
Melainkan kerana pertahanannya sudah tidak lagi membendung air mata..

Ketika wanita menangis..
Bukan beerti dia ingin terlihat lemah..
Melainkan kerana dia tidak sanggup berpura-pura kuat...

Ketika wanita menangis..
Bukan beerti dia ingin mencari perhatian..
Tetapi kerana apa yang dia perhatikan telah mengabaikannya..

Ketika wanita menangis..
Bukan beerti dia mengharapkan belas kasihan..
Melainkan dia sedang mengasihani diri sendiri...

Ketika wanita menangis..
Bukan beerti dia ingin membuat sesuatu yang dia tangisi rasa bersalah..
Melainkan dia tidak tahu apa yang membuat keadaan menjadi demikian...

Ketika wanita menangis..
Bukan beerti dia ingin memancing kepedulian semua orang terhadapnya..
Melainkan justeru dia tau, tidak akan ada orang yang peduli...

Ketika wanita menangis..
Jangan kau menganggap nya wanita lemah ataupun tukang cari perhatian..
Kerana engkau juga yang menyebabkan air mata itu mengalir di pipinya...

p/s : air mata yang mengalir itu biarlah kerana kesyukuran dan ketakutan dosa.. 

credit to : diarihati.com

♥♥RINDUNYER...♥♥



Alahai..rindunyer laa...hehe, korang semua mesti tertanya2 kan ape la yang Biela rindu sgt ni sampai terfikir nak wat entri hari ni..mungkinkah Biela rindukan seseorang??atau haiwan peliharaan??atau pun benda lain??huhu.. ;p

Ok lah, kalau korang semua nak tau, sesuatu yang biela rindukan sgt2 ni ialah pengalaman Biela sendiri la..hehe, bermakna bukan la seseorang, haiwan peliharaan atau benda lain pun..huhu, jangan marah ye.. :P


               Bila bercakap tentang pengalaman..Biela teringat detik2 Biela waktu   practice choir kat kolej dulu, sebelum tu Biela ditugaskan sebagai exco promotion dengan si Pyka untuk mencari bakat2 baru untuk pasukan choir kt kolej..byk jgk la sambutan nye, tp ad jgk la segelintir yang tidak dapat memenuhi kehendak juri kami iaitu Hafiz Hamidun, bukan bermakna mereka tidak ada bakat, mungkin bukan rezekinya waktu itu..Biela juga bersama2 beberapa orang lagi sahabat Biela tidak terkecuali menyertai audition tu..tup2, alhamdulillah, Biela terpilih jugak di kalangan mereka..happy jgk la waktu tu..tapi cover la sikit kan..hihi, lagipun tu untuk persembahan waktu konvokesyen kat UIA tahun ni..nak jgk la Biela merasa masuk kesana kan..tapi seriously, besar gila dewannnya, tergamam jgk la Biela waktu itu..rasa xsabar plak nak konvo..hihi.. :P




Sepanjang kami menjalani latihan tu, macam2 yang kami alami, xkira la best or xbest..tapi semua itu da mnjadi kenangan buat Biela..kena practice sampai tengah malam la, pastu kena marah ngan pakcik guard sbb blek lewat ke asrama..tension gila..huhu, kena lari2, pusing keliling kolej sambil nyanyi la, semputt..haha..lagi, kena makan telur mentah plak...adoii, macam2...kenangan yang bestnye, kitorang berbuka puasa bersama ramai2, bergambar sama2 sana sini n macam2 ag la...macam2 perasaan ada, seronok, sedih, geram, marah, sakit hati, penat..semua ada la..kalau xcaye korang tanye la sahabat2 seperjuangan Biela..nnti Biela tunjuk kat korang k..rindu betul kat diorang semua..hehe..tapi ape2 pun kami puas sgt2 sebab berjaya jugak buat performance tu, walaupun ad kadang2 mic tiba2 xhidup, tempo ada lari sikit, kadang2 suara x harmoni, kami akui tu..huhu, tapi kami dah cuba yang terbaik..lagipun kami semua baru lagi, Insyaallah kalau ada lagi peluang ni kami xkan lepaskan.. :)

Kalau korang nak tengok video kami choir tu, klik la kat SINI..
Kalau nak tgk gambar2 detik kami berlatih dulu plak, klik kt SINI..

Da klik da??selamat menonton..hehe.. :)

Kat bawah ni plak gambar2 time kami buat performance ari tu...










       

`♥ Memang Allah Sengaja ♥




Ketahuilah bahawa...

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan dengan orang yang tidak serupa dengan kita, supaya kita dapat menjadi penilai yang baik...

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sama fikirannya dengan kita, supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH...

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak memahami keadaan kita, supaya kita dapat  kasih sayang yang terbaik dariNya, khas buat diri kita...

Memang ALLAH sengaja menemukan diri kita dengan orang yang tidak sempurna, supaya kita sedar ALLAH yang Maha Pemurah lg Maha Penyayang kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk diri kita dan kehidupan kita untuk masa hadapan...

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang sangat lain perangainya dari kita,  supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tidak semua orang berpeluang untuk mengalaminya...

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak complain itu dan ini, supaya kita menjadi manusia yang hebat jiwanya...

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak penyayang, supaya kita lebih faham bahawa cinta yang terbaik hanya ada bersama ALLAH...

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak sombong dan bangga diri, supaya kita lebih mengenali kehidupan yang tidak selamanya kekal...

Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta termasuklah diriku sendiri, ketahuilah bahawa kehidupan kita hampir sampai ke penghujungnya...

Hari esok pun kita sendiri tidak pasti sama ada ia menjadi milik kita, 
gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNya, dan meninggalkan laranganNya...

Percayailah sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNya yang menadah tangan dan meminta sepenuh pengharapan hanya kepadaNya....


credit to : JIHAD CINTA

♥SEGMEN JOM NAIK JUMLAH FOLLOWER DENGAN MENDADAK♥

NAK NAIKKAN JUMLAH FOLLOWER X???

JOM LA JOIN SEGMEN NI... :)

NAMPAK X BANNER KT BWH NI..
v
v
v
v


NAK TAU CARANYE??

KORANG HANYE KLIK JE KT LINK KT BAWAH NI...


SENANG SGT KN?? APE TUNGGU LAGI, CEPAT2..SEBELUM TARIKH TUTUP..

TARIKH TUTUP SEGMEN NI: 
30 NOVEMBER 2011
10 MALAM

♥SEGMEN CIK BUNNY: JOM BLOGWALKING!♥

Jom la join segmen ni.. :)



KORANG KLIK JE KT LINK BWH NI, SENANG JE KN..KLIK JE, XSUSAH PON.. :)

http://inspirebunny.blogspot.com/2011/11/segmen-cik-bunny-jom-blogwalking.html


CEPAT2!!JANGAN SAMPAI TERLEPAS!! :)

TARIKH TUTUP:
15 DISEMBER 2011


...♥♥♥HaTi iNi♥♥♥...






Terima kasih awak kerana pernah menjaga hati saya ..
Saya yakin pemilik hati saya adalah awak ..
Kata-kata awak adalah suara hati saya ..
Saya ikhlas masa memberi hati saya pada awak ..

Kadang-kadang hati saya tercalar kerana awak ..
Tapi saya sendiri cuba merawatnya ,
tapi lagi hebat awak juga laa penawarnya ..
Kadang-kadang saya kecil hati dengan awak ..
Saya cuba pujuk hati sendiri ,
tapi lagi hebat awak juga laa penyeri kembali ..

Awak buat hati saya teringat-ingat
Awak buat hati saya terigau-igau
Awak buat hati saya berbunga-bunga
Awak buat hati saya berdebar-debar


Hati ini awak indahkan
Hati ini awak benihkan
Hati ini awak endahkan
Hati ini awak gundahkan


Hati ini hanya untuk awak
Hati ini awak yang layak
Hati ini awak tetak
Hati ini awak pijak


Hati ini awak miliki
Hati ini awak selami
Hati ini awak racuni
Hati ini dah mati
Hati ini tiada erti
Hati ini awak pulangkan kembali
Hati ini awak tolonglah dengari

Cuma saya minta kini
JANGAN cuba ketuk pintu hati saya lagi ..
Saya mohon ..
Hati saya lelah , hati saya nak rehat ..
Hati saya parah , hati saya nak sembuh cepat ..

Saya bukan mudah berganti hati,
Saya bukan mudah ke lain hati ,
Mungkin kerana baru kini sy merasakan sesuatu yg brbunga di dalam hati,
Mungkin cinta pertama yang benar2 hadir,
Jika suatu saat saya ingin memberi hati ini lagi ,
mungkin dia laa jodoh dari Tuhan sehingga akhir nafas ini ..



(◠‿◠✿ Betapa Berharganya Seorang Wanita (◠‿◠✿


‎~♥ Betapa Berharganya Seorang Wanita ♥~ 

Ketika ALLAH SWT menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita Ya Allah???" ALLAH SWT menjawab,"Sudahkah engkau melihat setiap detail yang telah aku ciptakan untuk wanita?" Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan". Malaikat menjawab dan takjub,"Hanya dengan dua tangan? Tidak mungkin! ALLAH SWT menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari". Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,"Ya Allah, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?" ALLAH SWT menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata." "Untuk apa???", tanya malaikat. ALLAH SWT melanjutkan,"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan, kerisauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan kebanggaan, serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki, ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita. Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki,dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan, mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu, bahkan tertawa ketika ketakutan. Dia berkorban demi orang yang dicintainya, dia mampu berdiri melawan ketidakadilan, dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang, dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia, dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran. Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian, tapi dia mampu mengatasinya. Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka. Allah SWT berfirman: "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan." "Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. " "Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh." "Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya." "Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya." "Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu." "Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan." "Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, sosok yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada." "CINTANYA TANPA SYARAT. HANYA ADA SATU YANG KURANG DARI WANITA, DIA SELALU LUPA BETAPA BERHARGANYA DIA." Wallahu'alam.




...♥♥♥InDaHnYa WaNiTa CiPtAaN ALLaH♥♥♥...

Wanita yang Menutup Aurat itu Indah
seperti Emas Permata..




Islam mewajibkan umatnya menutup aurat. Kewajipan ini sepertimana yang terakam dalam surah an-Nur ayat ke 31 yang bermaksud:
”Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya”
Manakah yang lebih mulia?
Pernah terjadi suatu kisah yang menceritakan tentang seorang gadis bukan Islam yang sangat terpikat dan mengagumi Islam. Dia juga sudah boleh memahami dan menerima segala-galanya tentang Islam kecuali satu perkara.
Mengapa wanita Islam mesti menutup aurat terutama memakai tudung?
Sudah banyak orang yang ditanya oleh gadis itu termasuk ustaz-ustaz dan orang Islam lainnya. Namun dia masih belum dapat berpuas hati dengan jawapan-jawapan mereka semua.
Pada suatu hari, kawan gadis itu telah membawanya berjumpa dengan seorang ustaz pula. Pada mulaya dia agak keberatan.
“Rasanya, sama sahaja jawapan daripada ustaz-ustaz itu. Tidak payahlah kita pergi membuang masa kita dengan menemui mereka.”
Kawannya yang sudah Islam itu terus memujuk, “Cubalah dahulu sahabat, bukan salah kita mencuba. Thomas Edison dan Kapten Fried juga hanya berjaya setelah ribuan kali percubaannya.”
“Tapi ini soal agama. Aku yakin Tuhan punyai sebab mengapa hanya wanita Islam sahaja yang diperlukan menutup keseluruhan badan kecuali wajah dan kedua tapak tangan. Manakala aurat lelaki hanya dari pusat ke lutut. Pasti ada sebabnya, tapi nampaknya orang Islam sendiri pun kurang mengerti.”
“Engkau perli aku ya?” Kawannya itu mencebik. Dia buat tidak endah. Kawannya mengalah, terus memujuk.
“Baiklah, ini yang terakhir. Kalau jawapannya kurang memuaskan hatimu, kita berhenti.” Tiada cara lain untuk memujuk sahabatnya itu melainkan melafazkan janji sebegitu.
Mereka berdua pergi berjumpa dengan ustaz tersebut.
“Maaf ustaz, inilah sahabat yang saya maksudkan tempoh hari. Alhamdulillah dia sudah mempercayai tentang Islam dan isinya. Cuma yang menyekat dirinya daripada melafazkan syahadah ialah kerana dia tidak dapat menerima alasan mengapa Islam menyuruh penganut wanitanya menutup aurat.”
Ustaz muda yang berjanggut sejemput itu tersenyum. Seakan faham dia pada masalah yang menjadi halangan kepada gadis itu.
Sejurus kemudian dia bersuara kepada gadis itu.
“Boleh saya bertanyakan beberapa persoalan dan awak jawab dengan sejujur mungkin?”
“Boleh, tidak ada masalah.” Tingkah si gadis.
“Baiklah, kamu pernah ke pasaraya?”
“Pernah.”
“Pernah masuk ke kedai emas?”
“Pernah.”
“Pernah ke pasar malam?”
“Pernah.”
Ustaz muda itu terdiam sejenak. Lantas menyambung kembali persoalannya.
“Baik, antara tempat-tempat yang saya nyatakan tadi di manakah dipamerkan atau dijual batu permata, intan berlian, emas perak yang mahal-mahal harganya?”
“Tentu sahaja di kedai emas.”
“Bagaimana keadaannya?”
“Diletakkan di para yang cantik untuk pameran, dilindungi cermin yang kukuh dan kalis peluru untuk mengelak dari dikhianati. Bahkan mungkin tersimpan di dalam peti besi bagi tujuan keselamatannya dan hanya boleh dilihat oleh orang-orang tertentu sahaja.”
“Bagaimana pula dengan barangan kemas dari jenis yang sama namun barangan tiruan. Di manakah tempat mereka?”
“Jika yang sebegitu, mudah sahaja dijumpai di tepi-tepi jalan, malah sentiasa terdedah dan tidak ada yang sudi mencurinya kerana kemurahannya itu.”
Mata sahabat gadis itu bersinar, “Ada harapan,” katanya di dalam hati.
Ustaz tersebut segera menerangkan maksud analogi itu.
“Begitulah juga Islam yang sentiasa meletakkan wanita di tempat yang tinggi dan perlu sentiasa terjaga. Kewajipan menutup aurat adalah kerana tubuh badan seorang wanita itu adalah sangat berharga dan suci, mana mungkin kemuliaan dan kesucian seorang wanita itu dipamerkan kepada manusia yang tidak sepatutnya? Ibarat emas permata, intan berlian yang sentiasa terjaga dan dilindungi malah diletakkan di dalam bekas yang cantik dan selamat.”
Gadis berdua itu terpana. Jelas, terang lagi bersuluh. Sahabatnya tidak putus mengucapkan syukur.
Dia berkata, “Jika begitu ustaz, mereka yang tidak menutup aurat ibarat barangan murahan yang dapat dijumpai di tepian jalan, boleh dipegang sesuka hati malah harga sangat murah? Jika begitu, benarlah suruhan Allah untuk wanita menutup aurat sepertimana yang termaktub dalam surah an-Nur ayat ke-31.”
Ustaz itu hanya tersenyum sambil mengangguk.
Dan si gadis itu berkata dengan lancar dan tenang, “Tiada Tuhan melainkan Allah, nabi Muhammad pesuruh Allah.”
Semua melafazkan syukur~
sumber: http://kalamkhalifah.blogspot.com/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...